Pelaburan firma dan dasar monetari: analisis panel ke atas firma patuh syariah di Malaysia

Kertas ini mengkaji kesan perubahan dasar monetari ke atas saluran kunci kira-kira firma (balance sheet channel) dengan memberikan tumpuan kepada perbelanjaan pelaburan firma patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2003-2011. Kajian ini telah menggunakan kaedah data panel dinami...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Intan Nurul Nadia Mohd Napiah, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9031/1/jeko_49%281%29-7.pdf
Description
Summary:Kertas ini mengkaji kesan perubahan dasar monetari ke atas saluran kunci kira-kira firma (balance sheet channel) dengan memberikan tumpuan kepada perbelanjaan pelaburan firma patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2003-2011. Kajian ini telah menggunakan kaedah data panel dinamik iaitu Generalized Method of Moments (GMM) untuk menguji dua saluran mekanisme transmisi dasar monetari iaitu saluran kadar bunga (interest rate channel) dan saluran kredit luas (broad credit channel) berdasarkan kepada rangka kerja teori pelaburan neoklasik. Sampel firma telah dibahagikan kepada firma bersaiz kecil dan besar untuk mengenalpasti kesan heterogen dasar monetari ke atas pelaburan mengikut saiz firma. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua saluran transmisi dasar monetari iaitu saluran kadar bunga dan saluran kredit luas adalah relevan di Malaysia. Ini menjelaskan pelaburan firma patuh syariah bertindak balas dengan perubahan dasar monetari. Namun, firma kecil didapati lebih bergantung kepada aliran tunai dalaman berbanding dengan firma besar. Justeru, penggubal dasar perlu mengambil kira ciri-ciri firma yang berbeza dalam pelaksanaan dasar monetari untuk memastikan keberkesanan dasar tersebut.