Pemerintahan Pakatan Rakyat (PR): kajian pungutan pendapat di kalangan kakitangan awam Negeri Selangor, Malaysia (The Pakatan Rakyat (PR) rule of Selangor: an opinion study of public servants in the state of Selangor, Malaysia)

Berbanding dengan institusi swasta, institusi kerajaan mempunyai disiplin kerja, latar belakang perjawatan, gaya hidup dan hirarki yang jelas dan tersendiri. Ciri yang paling ketara ialah kakitangan awam lebih terikat dengan beberapa peraturan yang mempengaruhi pandangan serta pemahaman mereka terh...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Kamaruddin M Said
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/921/1/5.2009-1-Fuad-melayu-2.pdf
Description
Summary:Berbanding dengan institusi swasta, institusi kerajaan mempunyai disiplin kerja, latar belakang perjawatan, gaya hidup dan hirarki yang jelas dan tersendiri. Ciri yang paling ketara ialah kakitangan awam lebih terikat dengan beberapa peraturan yang mempengaruhi pandangan serta pemahaman mereka terhadap perkembangan politik negara. Kertas ini menampilkan hasil kajian mengenai pendapat kakitangan awam di negeri Selangor khususnya terhadap tingkah laku, minat, penglibatan dan keyakinan mereka terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Ia dijalankan di pejabat kerajaan persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan di sekitar negeri Selangor. Seramai 720 responden telah dipilih daripada ketigatiga pejabat kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 58.8 peratus menyatakan mereka memperoleh sumber maklumat politik daripada akhbar harian perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan New Straits Times. Terdapat 25.6 peratus menyertai parti politik sebagai ahli. 56.9 peratus menyatakan mereka suka memilih muka baru dalam kepemimpinan negeri dan negara dan 52.9 peratus berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum 2008. Namun, 65.6 peratus responden menyatakan mereka tidak gembira dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Mereka yakin dengan kewibawaan kepimpinan kerajaan negeri tetapi tidak yakin dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri Selangor yang sedia ada yang dilihat lebih menguntungkan sesuatu pihak.