Teknologi maklumat, strategi pembezaan dan prestasi kewangan industri perbankan di Indonesia

Faktor teknologi maklumat boleh dijadikan strategi bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan sesebuah syarikat dan seterusnya memperbaiki prestasi kewangannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan pengaruh faktor teknologi terhadap strategi pembezaan dan seterusnya prestasi kewa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Akhmad Muhammadin, Er AC, Suraiya Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9212/1/7xx.geografia-april15-akhmad_etal-edkatam.pdf
Description
Summary:Faktor teknologi maklumat boleh dijadikan strategi bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan sesebuah syarikat dan seterusnya memperbaiki prestasi kewangannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepentingan pengaruh faktor teknologi terhadap strategi pembezaan dan seterusnya prestasi kewangan industri perbankan di Indonesia. Data kajian ini diperolehi melalui kaji selidik. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak sehingga diperolehi 39 ibu pejabat syarikat perbankan yang diwakili oleh pengarah utama, pengarah eksekutif dan pengurus. Data dianalisis secara deskriptif. Analisis korelasi matrik dan ujian hipotesis turut dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor teknologi berpengaruh positif secara signifikan terhadap strategi pembezaan; dan strategi pembezaan berpengaruh positif secara signifikan terhadap prestasi kewangan perbankan Indonesia. Hasil kajian ini mengesyorkan supaya para pembuat keputusan indsutri perbankan di Indonesia memanfaatkan pelbagai bentuk teknologi maklumat bagi meningkatkan prestasi kewangan syarikat mereka.