Penilaian faktor institusi dalam menentukan kemampanan usahawan jerami padi

Faktor institusi dilihat berperanan penting dalam menentukan isu kemampanan agribusines jerami padi. Justeru, kajian cuba untuk merungkai kekangan di pihak institusi yang dihadapi oleh usahawan tani dalam membangunkan agribusines berasaskan jerami padi. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 24 oran...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rosmiza Mohd Zainol, Amriah Buang, Rosniza Aznie Che Rose, Jabil Map Jabil, Mazdi Marzuki
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9218/1/13xx-geografia-april15-rosmiza-edam1.pdf
Description
Summary:Faktor institusi dilihat berperanan penting dalam menentukan isu kemampanan agribusines jerami padi. Justeru, kajian cuba untuk merungkai kekangan di pihak institusi yang dihadapi oleh usahawan tani dalam membangunkan agribusines berasaskan jerami padi. Kajiselidik telah dijalankan ke atas 24 orang usahawan di Wilayah MADA dan 20 orang usahawan di Daerah Sekinchan yang terletak dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut, Selangor. Kajian mendapati promosi yang lembab; kurangnya sokongan pihak institusi; polisi yang tidak memfokus terhadap pengurusan dan pembangunan jerami; kurangnya pengetahuan dan kemahiran di kalangan pegawai institusi; karenah birokrasi serta ketidakcekapan pengurusan di pihak institusi merencatkan pembangunan agribusines jerami. Pendekatan bersepadu dan efisien perlu dikukuhkan di peringkat institusi seperti sokongan padu pihak institusi; perencanaan polisi yang memfokus ke arah pembangunan jerami; mempertingkatkan promosi agar masyarakat lebih terdidik dan menghargai produk hijau. Ini diharap dapat meningkatkan permintaan produk hasilan jerami di pasaran.