Analisis pola taburan reruang PM10 dan O3 di Lembah Klang dengan mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS)

Sumber utama masalah kemerosotan kualiti udara bandar terutamanya di Lembah Klang adalah berpunca daripada jumlah kenderaan bermotor yang tinggi. Beberapa Laporan Kualiti Alam Sekitar dan Laporan Tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dari 2003 hingga 2009 telah membuktikan penyataan i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Haslina Mohd Shafie, Mastura Mahmud
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9225/1/7x.geografia-mac15-sitihaslina%26mastura-edkatam1.pdf
Description
Summary:Sumber utama masalah kemerosotan kualiti udara bandar terutamanya di Lembah Klang adalah berpunca daripada jumlah kenderaan bermotor yang tinggi. Beberapa Laporan Kualiti Alam Sekitar dan Laporan Tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dari 2003 hingga 2009 telah membuktikan penyataan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kualiti udara dan menganalisis pola taburan reruang tahunan bahan pencemar partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikrometer (PM10) dan ozon (O3) di beberapa stesen kualiti udara terpilih di Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras. Analisis pola taburan reruang tahunan menggunakan teknik interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW) dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) menunjukkan kepekatan PM10 yang berjulat antara 50 hingga 100 μg/m3 turut melebihi nilai setaraan purata tahunan RMAQG (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines), iaitu 50μg/m3 di setiap stesen kajian antara 2004 dan 2009. Impaknya, kemerosotan kualiti udara bandar Lembah Klang akibat daripada kenderaan bermotor bukan sahaja memburukkan masalah alam sekitar bahkan turut juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.