Uslub dakwah dalam Diwan Imam Shafi'i

Puisi bukan sekadar bait-bait yang dipersembahkan bagi tujuan hiburan, bahkan mempunyai peranan yang penting dalam dunia dakwah. Ungkapan yang terdapat dalam sesebuah puisi melambangkan pemikiran dan peribadi penciptanya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslūb dakwah yang terdapat dalam puisi Ima...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khazri Osman, Badlihisham Mohd Nasir, Siti Rugayah Tibek, Ahmad Irdha Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9385/1/149-625-1-PB.pdf
Description
Summary:Puisi bukan sekadar bait-bait yang dipersembahkan bagi tujuan hiburan, bahkan mempunyai peranan yang penting dalam dunia dakwah. Ungkapan yang terdapat dalam sesebuah puisi melambangkan pemikiran dan peribadi penciptanya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti uslūb dakwah yang terdapat dalam puisi Imam Shāfi’ī, salah seorang ulama dan dāᶜi yang masyhur pada kurun kedua hijrah. Kesarjanaan beliau meliputi bidang fiqah, usul fiqah dan bahasa Arab. Meskipun begitu masyarakat lebih mengenali beliau selaku seorang faqih berbanding pemuisi. Beliau gigih berdakwah memberi kefahaman kepada umat Islam melalui lisan dan tulisan. Puisi beliau harus diketengahkan sebagai satu bentuk kajian kerana kebolehan beliau mengintegrasikan antara nilai dakwah dan sastera. Sebahagian besar isi kandungan puisi beliau soal moral, nasihat dan keadaan masyarakatnya pada zaman tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menjadikan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Bait-bait puisi yang terkandung dalam Dīwān Imam Shāfi’ī dianalisis untuk mengenal pasti uslūb dakwah yang terkandung dalamnya. Hasil kajian ini mendapati antara uslūb dakwah yang terdapat dalam puisi beliau ialah uslūb jenaka, mengelak berdebat dengan orang yang kurang cerdik, berdebat dengan sopan dan membalas keburukan dengan kebaikan.