Summary: | Kadar jenayah kian meningkat akan mengancam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, tujuan kajian ini
adalah untuk mengkaji faktor-faktor makroekonomi yang mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Kajian ini meliputi
data siri masa tahunan 1970 hingga 2013. Untuk mencapai objektif kajian ini, kami menggunakan kaedah kointegrasi
batasan dan ujian sebab-penyebab Granger. Kajian ini mendapati bahawa kadar pengangguran, pelancongan, tahap
kemiskinan dan keselamatan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia, terutamanya dalam jangka panjang. Akan tetapi,
kadar inflasi tidak signifikan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati
bahawa pelancongan merupakan satu pembolehubah yang dinamik kerana perkembangan sektor pelancongan bukan
sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah, bahkan perkembangan sektor ini juga mampu mengurangkan kadar
pengangguran serta membasmi kemiskinan. Selari dengan program transformasi ekonomi, pembangunan sektor
pelancongan perlu diberi penekanan oleh penggubal dasar.
|