Sintesis sebatian hidroksi-eter minyak sawit olein

Sebatian hidroksi-eter-POo (80% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPOo) secara alkoholisis. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (99.2%) dicapai dengan menggunakan asid sulfurik 3% v/bt pada suhu tindak balas yang tinggi (80oC) selama 30 minit mas...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Darfizzi Derawi, Jumat Salimon
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9887/1/19_Darfizzi_Derawi.pdf
Description
Summary:Sebatian hidroksi-eter-POo (80% hasil) disintesis melalui pembukaan gelang oksirana minyak sawit olein terepoksida (EPOo) secara alkoholisis. Hasil optimum pembukaan gelang oksirana (99.2%) dicapai dengan menggunakan asid sulfurik 3% v/bt pada suhu tindak balas yang tinggi (80oC) selama 30 minit masa tindak balas. Spektrum resonan magnetik nukleus-proton (1H-NMR) hidroksi-eter-POo telah menunjukkan kehadiran puncak proton pada karbon eter (3.2, 3.5 ppm) dan proton pada kumpulan hidroksil (4.8 ppm). Spektrum resonan magnetik nukleus-karbon (13C-NMR) hidroksi-eter-POo telah menunjukkan kehadiran puncak karbon yang terikat dengan kumpulan hidroksil (75 ppm) dan karbon pada karbonil kumpulan eter (72 ppm). Kelikatan kinematik hidroksi-eter-POo adalah 234.4 cSt (40oC) dan 28.1 cSt (100oC) dengan indeks kelikatan 156.