Varian Melanau Sarawak: tinjauan di Melanau Mukah

Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Mukah (VM MKH). Objektif makalah ini adalah untuk menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM MKH terutamanya dalam m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norfazila Ab. Hamid, Rahim Aman
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9960/1/14139-38849-3-PB.pdf
Description
Summary:Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Mukah (VM MKH). Objektif makalah ini adalah untuk menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM MKH terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, makalah ini bertujuan memberi tumpuan kepada aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM MKH dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan mengidentifikasi keberadaan alternasi dalam VM MKH. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif makalah ini ialah pendekatan struktural. Dapatan yang dilaporkan dalam makalah ini adalah VM MKH mempunyai 21 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, ʔ/, dua konsonan letusan /tʃ, dʒ/, empat konsonan geseran /s, ç, ɣ, h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ,ŋ/ satu konsonan getaran /r/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/, 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, ə, a/ dan memiliki lima diftong iaitu /-oj, -aw, -aj, -ej, -uj/. Selain mengemukakan penerangan bagi VM MKH secara khusus, makalah ini memperluaskan korpus ilmu tentang VM secara umum.