Pantun Melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda Melayu

Kajian ini dilakukan untuk melihat perenggu minda orang Melayu sebagaimana yang terpancar dalam pantun Melayu. Data kajian adalah berdasarkan pantun Melayu yang termuat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga (2013) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nirwana Sudirman, Zulkifley Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9964/1/16184-45371-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk melihat perenggu minda orang Melayu sebagaimana yang terpancar dalam pantun Melayu. Data kajian adalah berdasarkan pantun Melayu yang termuat dalam buku Kurik Kundi Merah Saga (2013) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah penganalisian teks. Daripada 5653 buah pantun yang terdapat dalam buku ini pengkaji telah memilih 110 pantun berdasarkan pengkategorian yang dibuat oleh penulis/penerbit buku ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori semantik kognitif yang dicadangkan oleh George Lakoff dan Mark Johnson (1980) sebagai landasan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan pemikiran Melayu amat terpengaruh oleh alam sekeliling iaitu alam fauna dan alam flora yang melatari kehidupan orang Melayu. Konsep berguru kepada alam jelas tercermin dalam penciptaan pantun Melayu. Dalam pantun yang dikaji, terdapat pelbagai metafora yang jelas menggambarkan perenggu minda orang Melayu tentang kasih sayang, adat, kiasan, nasihat, perantauan, jenaka, peribahasa, budi, agama, kepahlawanan dan juga perekonomian. Dapatan kajian ini akan membolehkan lebih difahami perenggu minda orang Melayu yang telah diwarisi zaman berzaman, dan tidak banyak berubah.