Definisi dan konteks dalam terminologi Bahasa Melayu

Terminologi secara asasnya berhubung dengan nama dan proses penamaan. Sebarang perbincangan tentang nama dan penamaan tidak dapat tidak akan merangkumi juga perbincangan tentang bahasa dan makna. lstilah ini mulai diterima banyak orang pada pertengahan abad ke-18 dalam tulisan seorang Profesor dari...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Puteri Roslina, A.W.
Format: Article
Published: University of Malaya 2005
Subjects:
Description
Summary:Terminologi secara asasnya berhubung dengan nama dan proses penamaan. Sebarang perbincangan tentang nama dan penamaan tidak dapat tidak akan merangkumi juga perbincangan tentang bahasa dan makna. lstilah ini mulai diterima banyak orang pada pertengahan abad ke-18 dalam tulisan seorang Profesor dari Universiti Halle dan Jena di Jerman bernama Christian Gottfried Schutz (1747-1832). Pada tahun 1837, William Whewell dari England memberikan makna saintifik kepada kata ini walaupun penggunaannya agak terhad dalam bidang sains, iaitu " ... system of terms employed in the description of objects of natural history''. Terminologi ialah pengajian dan bidang aktiviti yang memberikan tumpuan kepada pengumpulan, penghuraian, pemprosesan, dan penyampaian istilah, iaitu butir leksikal milik penggunaan yang khusus dalam satu atau beberapa bahasa. Dari segi matlamatnya, terminologi merupakan ahli keluarga bidang leksikografi yang menggabungkan dua matlamat, iaitu pengumpulan data tentang leksikon suatu bahasa dengan memberikan maklumat dan kadang-kadang nasihat dan perkhidmatan kepada pengguna bahasa. Tafsiran ini membolehkan terminologi sejajar dengan leksikografi, iaitu sains/ pengajian/ ilmu leksikon atau butir leksikal. Dalam tulisan ini, penulis akan membicarakan hubungan leksikografi dan terminologi dalam konteks penyediaan definisi atau takrif dalam kamus terminologi. Pendekatan yang digunakan tidak banyak berbeza daripada leksikologi atau leksikografi tetapi terminologi menekankan aspek hubungan konsep dan sistem konsep dalam penyediaan kamus terminologi bidang khusus.