Pembangunan dan penilaian sistem pengurusan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-sp4)

Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dapat mengumpul maklumat-maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang prestasi murid secara berterusan. Maklumat-maklumat ini hanya dapat diperolehi apabila guru mengelola, merekod, menterjemah, melapor...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Dahalan, H., Raja Hussain, R.M.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/11343/1/Full_paper_Hamsiah_Mohd_Dahalan.doc
Description
Summary:Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dapat mengumpul maklumat-maklumat yang sah dan boleh dipercayai tentang prestasi murid secara berterusan. Maklumat-maklumat ini hanya dapat diperolehi apabila guru mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan dan penilaian bertulis tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid. Kajian ini melaporkan proses dan hasil dapatan kepada penilaian formatif sistem pengurusan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran berasaskan web (e-SP4), yang mana Internet telah digunakan sebagai medium pentaksiran. Terdapat empat jenis penilaian yang telah diguna pakai dalam kajian ini iaitu: penilaian rujukan pakar, penilaian satu-ke-satu, penilaian kumpulan kecil dan penilaian kumpulan kajian lapangan. Kertas ini menyampaikan bagaimana proses penilaian ini dijalankan dan hasil dapatannya. Dapatan kajian telah membicarakan bagaimana penilai-penilai ini menyokong pembangunan modul dan e-SP4. Dapatan kajian ini turut menyumbang maklumat tentang kekuatan dan kelemahan sistem yang mungkin perlu diambil perhatian semasa guru-guru menggunakan sistem ini dan menyesuaikannya mengikut mata pelajaran yang diajar. Walaupun skop kajian ini agak terhad, namun e-SP4 ini boleh membantu menjayakan sistem pentaksiran kebangsaan yang merupakan trend pendidikan masa hadapan dan perlu diberi pertimbangan wajar oleh semua pihak pentadbir pendidikan.