Modifikasi teori Sulh dalam fiqh klasik berasaskan data-data kajian terbaru

Kecenderungan institusi kehakiman Islam di Malaysia untuk meningkatkan profesionalismanya dalam mengurus dan mentadbir kes-kes telah mencetuskan idea ke arah pelaksanaan sulh. Begitu pun, oleh kerana pelaksanaannya hanya menyentuh isu-isu berkaitan kekeluargaan maka kesesuaian pemakaian teori sulh y...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Raihanah, A.
Format: Article
Published: University of Malaya 2006
Subjects:
Description
Summary:Kecenderungan institusi kehakiman Islam di Malaysia untuk meningkatkan profesionalismanya dalam mengurus dan mentadbir kes-kes telah mencetuskan idea ke arah pelaksanaan sulh. Begitu pun, oleh kerana pelaksanaannya hanya menyentuh isu-isu berkaitan kekeluargaan maka kesesuaian pemakaian teori sulh yang pernah dijelaskan dalam fiqh-fiqh klasik yang hanya mencakupi aspek pertikaian dalam mu'amalat maliyyah perlulah dianalisis untuk melihat sejauhmanakah kesesuaian aplikasinya dalam konteks semasa. Sulh merupakan satu kaedah di mana pihak-pihak kepada pertikaian mencapai penyelesaian tanpa perlu melalui proses perbicaraan. Melaluinya pihak-pihak terlibat akan lebih berpuashati dan bertanggungjawab terhadap penyelesaian yang dicapai memandangkan keputusan tersebut dibuat oleh mereka sendiri. Kertas ini akan cuba melihat sejauhmana prinsip-prinsip asas sulh perlu dipertahankan di samping mencadangkan beberapa modifikasi terhadap konsep asal dan teori sulh berdasarkan data-data penemuan terbaru.