Analisa isu-isu terpilih dalam kitab risalah fi bayan hukm al-bay‘ wa al-riba oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas berdasarkan konsep maslahah

Kitab Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay‘ Wa Al-Riba ialah sebuah kitab fiqh Melayu yang kurang dikenali masyarakat. Ia dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri Terengganu yang pertama (1839-1853M) Ia merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian, khasn...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd, H., Mohd Yusoff, Z., Ali, A.K.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13066/1/32.pdf
Description
Summary:Kitab Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay‘ Wa Al-Riba ialah sebuah kitab fiqh Melayu yang kurang dikenali masyarakat. Ia dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri Terengganu yang pertama (1839-1853M) Ia merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian, khasnya dalam membicarakan fiqah muamalat. Kajian akan mengenengahkan biodata ringkas pengarang, dan seterusnya membicarakan isu-isu terpilih dalam kitab beliau tersebut, berdasarkan konsep maslahah. Data dikumpul daripada metode dokumentasi dan persejarahan, tinjauan perpustakaan, dan temubual. Ia seterusnya dianalisis menggunakan metode analisis kandungan yang khususnya melibatkan kaedah deduktif (istinbat), induktif (istiqra’) dan komparatif. Kajian mendapati bahawa pengarang komited menjadikan maslahah sebagai satu keutamaan dalam mengeluarkan hukum, di samping bijak menyesuaikan permasalahan fiqah muamalat menurut acuan tempatan. Kitab beliau ini seharusnya mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat kini agar mereka dapat mengambil manfaat daripadanya. Kesimpulannya, penekanan terhadap konsep maslahah dalam perbahasan hukum sememangnya tidak diabaikan oleh Syeikh Abdul Qadir dalam kitab beliau ini, kesemuanya dalam kerangka dan garis panduan yang telah ditentukan oleh syarak.