Inovasi guru linus membantu murid menguasai literasi

Murid LINUS perlu menguasai literasi agar mereka celik huruf dan seterusnya berjaya dalam bidang pendidikan (G. Carron dan A. Bordia, 1985; Zinitulniza, 2011). Penguasaan literasi dikuasai melalui sistem persekolahan formal di mana institusi pendidikan memainkan peranan penting (White and Cranitch,...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sani, N.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13152/1/INOVASI_GURU_LINUS.pdf
Description
Summary:Murid LINUS perlu menguasai literasi agar mereka celik huruf dan seterusnya berjaya dalam bidang pendidikan (G. Carron dan A. Bordia, 1985; Zinitulniza, 2011). Penguasaan literasi dikuasai melalui sistem persekolahan formal di mana institusi pendidikan memainkan peranan penting (White and Cranitch, 2010). Guru LINUS perlu berinovasi agar murid yang menguasai literasi mempunyai jati diri di bidang masing-masing. Oleh itu bersandarkan Teori Behaviourisme dan disokong oleh Teori Humanistik Maslow, kertas kerja ini akan menghuraikan konsep asas yang dimaksudkan sebagai guru berinovasi. Selanjutnya kertas kerja ini akan memperjelas bagaimana guru berinovasi mampu memangkin murid menjadi manusia yang menguasai literasi. Selain itu kertas kerja ini menghuraikan bagaimana inovasi boleh menjadi amalan guru dalam pembelajaran dan pengajaran di Malaysia. Kertas kerja ini turut menyatakan justifikasi mengapa perlunya inovasi oleh guru dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Akhir sekali kesan inovasi terhadap proses penguasaan literasi murid seterusnya memanusiakan murid turut diperjelas.