diskusiMAYA: e-Pembelajaran untuk pelajar dewasa yang mengambil mod pengajian secara separuh masa

Penggunaan Internet mampu mengurangkan jurang penglibatan pembelajaran para pelajar dewasa yang mengambil mod pengajian secara separuh masa. Dapatan kajian ini akan menyumbang kepada perbincangan bagaimana penyelidik mereka bentuk pembelajaran e-kolaboratif yang dilaksanakan secara berperingkat-per...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaharom, M.S.N., Raja Hussain, R.M.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13580/1/0001.pdf
Description
Summary:Penggunaan Internet mampu mengurangkan jurang penglibatan pembelajaran para pelajar dewasa yang mengambil mod pengajian secara separuh masa. Dapatan kajian ini akan menyumbang kepada perbincangan bagaimana penyelidik mereka bentuk pembelajaran e-kolaboratif yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi mendapatkan interaktiviti pelajar bagi aktiviti pembelajaran yang dijalankan dan seterusnya akan melihat pola aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Platform diskusiMAYA ini juga telah direka bentuk untuk menyediakan aktiviti yang dapat menghasilkan interaksi pelajar dewasa dalam sesebuah kursus dengan melihat gaya pembelajaran secara mandiri (self-directed learning) terlebih dahulu. Secara berperingkat platform diskusiMAYA ini akan menekankan gaya pembelajaran secara kolaboratif melalui aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi sokongan yang terdapat di dalam persekitaran ini. Persoalan yang akan disentuh ialah, bagaimana interaktiviti dalam sesebuah platform e-pembelajaran perlu direka bentuk agar ia dapat menggalakkan pelajar untuk meneruskan Pembelajaran mereka dalam platform tersebut sepanjang tempoh pembelajaran mereka. Kajian ini juga akan berkongsi hasil pembelajaran secara e-kolaborasi yang dapat memberi kesan ke atas sesebuah e-pembelajaran terutama dalam membantu para pelajar menjimatkan masa dan memudahkan mereka dalam menyertai aktiviti dalam diskusiMAYA tanpa mengganggu tanggungjawab dan tugasan dalam pekerjaan semasa mereka.