Kesan intervensi psikologi terhadap pengurangan salah laku dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Kertas kerja ini bertujuan melihat kesan penggunaan intervensi Psikologi ke atas pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan masalah disiplin yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kajian ini melihat kadar salah laku dalam kalangan pelajar sebelum dan selepas intervensi. Seramai 86 (N=...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, A., Mohd Isa, N.J., Mobd Noor, A., Salim, S.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/13584/1/0001.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan melihat kesan penggunaan intervensi Psikologi ke atas pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan masalah disiplin yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kajian ini melihat kadar salah laku dalam kalangan pelajar sebelum dan selepas intervensi. Seramai 86 (N=86) orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian eksperimen kuasi ini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan kawalan, kumpulan rawatan individu dan kumpulan rawatan kelompok. Data dianalisis dengan menggunakan ujian bukan parametrik. Analisis ujian Krusall Wallis H menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan [x2 (2, N=86) =29. 304, p=.OOO). Ujian Mann-Whitney U dilakukan untuk mengenalpasti pasangan yang menyebabkan perbezaan yang signifikan ini. Keputusan ujian-ujian Mann-Whitney U menunjukkan bahawa secara signifikan, terdapat perbezaan salah laku [kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan individu (U=154.5, p < .05), dan kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan kelompok (U=169.5, p < .025)). Namund tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan individu dengan kumpulan rawatan kelompok (U=410.5, p > .05). lmplikasi kajian dibincangkan di akhir kertas kerja ini.