Summary: | Kertas kerja ini bertujuan meninjau pemikiran Sidek Baba terhadap tajdid ilmu dan pendidikan. Faktor globalisasi dan perubahan zaman dilihat banyak mempengaruhi kandungan ilmu dan pendekatan pendidikan Islam khususnya di Malaysia. Globalisasi yang mendatang telah menjadikan konsep universal Islam semakin terpinggir. Sifat zaman yang berubah juga
memerlukan tinjauan terhadap kandungan ilmu, metodologi pengilmuan dan pendidikan Islam terkini.. Dukungan terhadap perubahan, islah dan reformasi dalam pendidikan sewajarnya
dilatari dengan kerangka berfikir dan memahami sumber ilmu berasaskan rujukan al-Quran dan al-Sunnah. Tajdid juga adalah suatu proses perubahan yang berlaku secara strategik ditunjangi oleh kefahaman dan ilmu yang tinggi mengenai sesuatu. Tajdid tidak menolak faktor prinsip dan asas-asas serta kaedah membuat keputusan, tafsiran dan penghasilan pemikiran serta tidak mengabaikan prinsip asal. Tajdid juga merupakan proses pengolahan secara bijaksana supaya
respon terhadap hal-hal semasa ditangani dengan cermat dan maslahah ummah didekati dengan baik dan berhemah serta dinamika perubahan tetap terpelihara. Tajdid ilmu dan pendidikan dilihat amat penting dalam konteks zaman yang pantas berubah. Pendekatan ini amat perlu direalisasikan supaya ilmu dan pendidikan mampu menjana ketamadunan ummah.
|