Rawatan kecederaan berasaskan teknik Platelet-Rich Plasma (PRP) menurut perspektif halal haram

Kepakaran perubatan dan kecanggihan teknologi masa kini dalam dunia perubatan telah menghasilkan pelbagai penemuan baharu. Misalnya dalam rawatan kecederaan, terdapat berbagai kaedah rawatan yang ditawarkan dengan kesan penyembuhan yang efisien dan kos yang kompetitif. Antaranya teknik rawatan ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurhidayah, S., Nurul Hidayah, M.N., Siti Aisyah, C.S., Mohd Anuar, R.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14744/1/0001.pdf
Description
Summary:Kepakaran perubatan dan kecanggihan teknologi masa kini dalam dunia perubatan telah menghasilkan pelbagai penemuan baharu. Misalnya dalam rawatan kecederaan, terdapat berbagai kaedah rawatan yang ditawarkan dengan kesan penyembuhan yang efisien dan kos yang kompetitif. Antaranya teknik rawatan yang berasaskan darah atau dikenali sebagai Platelet-Rich Plasma (PRP). Sehubungan itu, kajian ini akan menfokuskan terhadap hukum rawatan PRP dengan mengambilkira empat elemen asas, iaitu sumber bahan, teknik rawatan, tujuan rawatan serta hasil rawatan. Pengkaji akan merujuk literatur berkaitan dengan rawatan PRP dan menganalisis pandangan ulama berkaitan hukum penggunaan darah dalam rawatan kecederaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa sumber asas yang digunakan di dalam rawatan ini bersifat najis dan haram untuk digunakan. Namun, sekiranya digunakan untuk tujuan perubatan, maka, ia diharuskan penggunaannya pada konteks darurat serta dapat menjamin kesembuhan kepada diri pesakit.