Pendekatan wasatiyyah bagi menangani ikhtilaf fiqh dalam kalangan masyarakat Islam Nusantara

Islam agama yang menganjurkan keamanan sejagat. Namun begitu, senario mutakhir ini memperlihatkan konjlik dalaman urnat Islam pelbagai bidang kehidupan. Tidak terkecuali aspek hukum Islam atau fiqh turut menerima tempias yang sarna. Hal ini melibatkan isu-isu fiqh sama ada isu yang diputar ulang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Anuar, R., Muhamad Sayuti, M., Lutfi, J.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/14748/1/0001.pdf
Description
Summary:Islam agama yang menganjurkan keamanan sejagat. Namun begitu, senario mutakhir ini memperlihatkan konjlik dalaman urnat Islam pelbagai bidang kehidupan. Tidak terkecuali aspek hukum Islam atau fiqh turut menerima tempias yang sarna. Hal ini melibatkan isu-isu fiqh sama ada isu yang diputar ulang ataupun isu baharu. Perselisihan yang berlaku ini kesan pertembungan antara dua aliran yang bertentangan dari segi metodologi mahupun pendekatan. Dalam konteks masyarakat Nusantara, dari segi pensejarahan yang panjang konjlik int diwarnai oleh berbagai aliran. ." Kebiasaannya, ia didominasi oleh ulama aliran tradisional dan aliran fundamental. Namun ada juga intervensi yang lahir kesan pertentangan tersebut, iaitu aliran liberal yang ingin membebaskan diri dari kongkongan tafsiran kelompok terse but. Konjlik ini turut menimbulkan kegelisahan internal kepada masyarakat Islam. Justeru, satu pendekatan wasatiyyah dalam menangani ikhtilaf fiqh perlu dibangunkan dalam konteks masyarakat Islam di Nusantara. Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan konsep wasatiyyah menurut al-Qaradawi dan pendekatannya dalam menangani isuisu fiqh yang menjadi medan perselisihan antara ulama semasa berasaskan kerangka wasatiyyah. Justeru pendekatan wasatiyah ini mampu menjadi paksi dalam mengharmonisasi antara aliran-aliran fiqh setempat.