Summary: | Isu mengutamakan maslahah berbanding daripada rujukan
terhadap teks al-Qur 'an dan al-Hadith sebenarnya merupakan
salah teori fiqh yang telah dibincangkan daripada zaman
yang lampau sehinggalah ke zaman kini. Teori fiqh ini
dilihat telah menjadi isu yang sensasi dan kontroversi
apabila terdapat sebilangan sarjana yang menggunakan
pendekatan emosional di dalam membincangkan teori ini.
Walau bagaimanapun, terdapat pula sebilangan sarjana yang
menggunakan pendekatan objektif di dalam mengkaji teori
ini. Justeru, artikel ini tidak akan melebarkan aspek sensasi dan kontroversi daripada teori ini. Sebagai satu pendekatan akademik, artikel ini akan menfokuskan kepada sejarah ringkas kewujudan teori ini, aspek hipotetikal yang
mendasari teori ini dan hubungan di antara maslahah
mursalah dengan teks naqli daripada al-Qur'an dan al-Hadilh.
|