Summary: | This article as the title indicates is to examine the development of al-Zahiriyyah from the very beginning, its thinkers and influenced figures and their thoughts on „Ilm Kalam, its impact and influence towards Islam and also Muslim in Andalusia.
Artikel ini difokuskan bertujuan untuk mengkaji dan menyelidiki aliran pemikiran al-Zahiriyyah dari segi sejarah perkembangannya bermula dari peringkat awal sehingga mutakhir, para pemikir yang berpengaruh dan pemikiran mereka khususnya mengenai bidang ilmu Kalam meliputi sumber, metodologi, beberapa persoalan utama dalam bidang ini. Ini kerana lazimnya, mazhab ini disinonimkan sebagai mazhab fiqh dan bukan sebagai mazhab kalam. Justeru, idea dan pemikiran tokoh al-Zahiriyyah tidak begitu banyak dikaji. Selain itu, kajian turut sama difokuskan kepada pandangan aliran pemikiran lain terhadapnya, di samping pengaruh dan kesannya terhadap Islam dan kaum muslimin di bumi Andalusia.
|