Ramalan kepekatan oksigen terlarut menggunakan analisis siri masa di sungai langat, Hulu Langat Selangor
Kajian ini difokuskan kepada data oksigen terlarut (DO) Sungai Langat bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1988 sehingga tahun 1997. Data lapan tahun (1988-1995) digunakan untuk mendapatkan model ramalan terbaik menggunakan analisis siri masa (Model ARIMA). Manakala data tahun ke sembilan dan...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
2001
|
Subjects: |
Summary: | Kajian ini difokuskan kepada data oksigen terlarut (DO) Sungai Langat bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 1988 sehingga tahun 1997. Data lapan tahun (1988-1995) digunakan untuk mendapatkan model ramalan terbaik menggunakan analisis siri masa (Model ARIMA). Manakala data tahun ke sembilan dan kesepuluh (1996 dan 1997) digunakan sebagai data ujian kebaikan padanan ke atas model. Data ini dicerap di stesen pensampelan yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia di Sungai Langat Selangor. Hasil kajian mendapati berlaku penurunan kepekatan DO yang agak seragam dari tahun 1988 sehingga 1995, iaitu berlaku peningkatan pencemaran ke atas air sungai di Sungai Langat yang boleh dikaitkan dengan peningkatan guna tanah akibat daripada peningkatan dalam pembangunan prasarana dan populasi di kawasan tersebut. Kajian cuba mempaparkan kepentingan dan kegunaan analisi siri masa, ARIMA dalam meramal DO untuk perancangan masa hadapan demi pemuliharaan alam sekitar di stesen kajian. |
---|