Summary: | Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan medium sabut kelapa yang berlainan terhadap pertumbuhan dan hasil cili secara fertigasi. Objektif
kajian ini adalah untuk membandingkan kesan penggunaan beberapa jenis medium daripada sabut kelapa terhadap pertumbuhan dan hasil cili melalui sistem fertigasi.
Varied cili yang digunakan adalah Kulai 568 F1 Hybrid. Kajian ini dijalankan di kawasan lapang berhampiran Bangunan Pentadbiran Makmal Ladang SPL, Universiti Malaysia
Sabah selama 15 minggu dengan menggunakan rekabentuk eksperimen blok rawak lengkap ataupun Completely Randomized Block Design (CRBD). Enam jenis rawatan digunakan dalam kajian ini iaitu cocopeat bongkah sebagai kawalan, cocopeat lerai, cocofiber, campuran cocopeat bongkah dan cocofiber, campuran cocopeat lerai dan cocofiber, dan campuran cocopeat bongkah dan cocopeat lerai. Anak semaian yang berumur empat minggu selepas disemai dipindahkan ke dalam polibeg dan
ditempatkan di ladang. Parameter yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan tanaman cili adalah ketinggian pokok dan ukur lilit batang pokok cili. Manakala untuk
hasil pula, parameter yang digunakan adalah berat basah, berat kering, bilangan buah ciii, panjang buah ciii, dan kepejalan buah cili. Penuaian dilakukan selepas 75 had
pemindahan ke ladang. Hasil kajian menunjukkan keenam-enam rawatan menunjukkan tindakbalas yang tidak signifikan terhadap parameter ketinggian, ukur lilit batang, bilangan buah, panjang buah, berat kering, dan kepejaian buah.
Penggunaan medium sebagai rawatan yang berlainan hanya memberi kesan terhadap parameter berat basah cili iaitu cocopeat lerai menunjukkan berat yang maksimum dengan bacaan 14.82 g. Ketinggian pokok cili adalah pada julat 47.8 hingga 54.2 sm manakala purata ukur lilit adalah diantara 3.56 hingga 3.9 sm. Bilangan buah yang dihasilkan pula adalah diantara 9.2 hingga 14.2 biji. Bagi panjang buah dan berat
kering cili masing-masing menunjukkan julat diantara 13.5 hingga 14.92 sm dan 1.73 hingga 2.15 g. Nilai kepejalan pulah adalah diantara 0.94 hinga 1.28 kgf. Didapati penggunaan cocofiber tidak menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan dari segi hasil berbanding menggunakan medium yang biasa digunakan iaitu cocopeat bongkah, Daripada kajian ini, petani disyorkan menggunakan cocofiber sebagai medium
tanaman kerana harga yang lebih rendah dan mudah didapati di Sabah.
|