Summary: | Kajlan ini telah dijalankan di dua buah kampung iaitu kampung Redang Panjang dan Kampung Sungai Dendang di daerah larut matang dan Selama. Pengumpulan data untuk kajian ini adalah melalul temu bual secara bersemuka. 51 pengusaha kecil sawit telah di temubual, kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu untuk mengkaji dan mengetahui latar belakang para pengusaha ladang sawit dl kampung Redang Panjang dan kampung Sungai Dendang di daerah Larut Matang dan Selama; untuk mengkaji dimensi kepuasan harga diantara pengusaha ladang sawit dan pusat pengumpulan buah sawit; dan untuk membuat perbandingan antara kepuasan harga di kedua-dua kampung di daerah Larut Matang dan Selama. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kajian ini membuktikan bahawa setaip objektif berjaya di capai. Objektif pertama mengenal data demografik juga telah diperolehi dengan majoriti pengusaha adalah ietaki, berumur 50 tahun dan ke atas dan mempunyai keluasan tanah kurang dari 10 ekar. Objektif kedua mengenai dimensi kepuasan harga antara pengusaha dan pembeli juga dapat dicapal melalui empat dimensi harga iaitu nisbah
harga dan kualiti, kebolehpercayaan harga, harga yang adil dan harga relatif. Manakala untuk objektif ketiga pula, terdapat dua perbandingan yang ketara dalam dimensi kepasan
harga antara dua kampung iaitu dimensi kepuasan harga melalui kebolehpercayaan dan dimensi nisbah harga dan kualiti. Kajian ini membuktikan bahawa dimensi kepuasan harga bukan hanya merangkumi satu aspek secara umum. Hasil analisis dan olahan menunjukan bahawa terdapat empat dimensi kepuasan harga yang patut dilihat secara mendalam oleh
para pengusaha dan pembeli.
|