Summary: | Kambing merupakan haiwan yang mula-mula dijinakkan dan memainkan peranan yang penting dalam sejarah. Kegiatan penternakan kambing merupakan salah satu aktiviti
pertanian yang utama di Malaysia. Penternakan kambing dilakukan secara intensif dan ekstensif untuk membekalkan daging, hasil tenusu dan kulit yang berkualiti. Objektif
kajian adalah untuk mengetahui latar belakang atau maklumat demografi dan sosicr ekonomi para penternak kambing yang terlibat dalam kajian di Daerah Sandakan; serta mengenal pasti perbandingan pengurusan temakan kambing diantara pentemak dan mengenalpasti segmentasi antara latar belakang pentemak terhadap faktor-faktor penglibatan. Data telah dikumpulkan melalui lawatan ladang ke ladang ternakan
kambing di sekitar daerah ini. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, dan statistik inferensi menerusi pelisian SPSS versi 21.0. Hasil kajian
mendapati terdapat perbezaan dari segi pengurusan ternakan kambing seperti sumber makanan ternakan, sistem minuman, sistem makanan, sistem pengurusan dan perlaksanaan kawanan ternakan. Dari segi faktor penglibatan pula, dri-ciri latar
belakang seperti jantina, pendapatan, pekerjaan dan status mempunyai hubungan segmentasi diantara satu sarna lain. Di antara ciri-ciri segmentasi dalam Kluster 1 adalah lelaki, penjawat awam, pemiagaan, pendapatan kurang dari RM 10000 dan bujang. Secara keseluruhan, pengurusan ladang ternakan kambing memerlukan pengurusan yang baik bagi menghasilkan pengeluaran yang bermutu serta memerlukan penglibatan yang lebih kerap diantara penternak dengan ternakan kambing mereka bagi mengenalpasti setiap masalah dan cara untuk mengatasinya
|