Summary: | Kajian ini dilakukan ke atas padi varieti Tuaran Quality Rice 8 (TQR-8) dengan menggunakan campuran beberapa kadar perapi tanah sekam padi dengan baja organik tinja kambing dan disebatikan dengan tanah plot 17 SPL-UMS jenis siri
Silabukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kadar pemberian perapi tanah sekam padi yang dicampurkan bersama baja organik tinja kambing yang memberi kesan keatas pertumbuhan vegetatif dan hasil padi serta untuk
mengenalpasti kesan positif terhadap pertumbuhan hasil padi dengan pengeluaran yang tinggi dan memperbaiki struktur tanah di plot 17 SPL-UMS. Kajian ini dijalankan
di dalam sebuah rumah lindungan hujan yang terletak di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah. Rawatan yang digunakan dalam kajian ini adalah campuran
baja tinja kambing dengan kadar 20 tan ha-1 bagi setiap rawatan bersama lima kadar
perapi tanah sekam padi yang berbeza bagi setiap rawatan (20 tan ha-1 , 30 tan ha-1,
40 tan ha-1 , 50 tan ha-1 dan 60 tan ha-1 ). Manakala rawatan kawalan menggunakan
baja NPK (60 kg N ha-1 : 30 kg P20 S ha-1 : 30 kg K20 ha-1 ). Parameter yang digunakan adalah paramater pertumbuhan vegetatif padi, komponen hasil padi dan kesuburan
tanah. Parameter bagi pertumbuhan vegetatif padi ialah ketinggian pokok, ketinggian
'culm', bilangan anakan padi dan peratus bilangan anakan padi produktif. Parameter
bagi komponen hasil ialah bilangan tangkai per rumpun, panjang tangkai, butiran padi
penuh per tangkai, bilangan butiran padi kosong per tangkai, berat 1000 butiran padi
per rumpun dan unjuran hasil (tan ha-1 ). Parameter bagi kesuburan tanah ialah nilai pH
tanah. Hasil data dianalisis menggunakan cara satu analisis varians ANAVA.
Penanaman padi telah dilakukan secara penyemaian di peringkat nurseri dan
kemudiannya mengubah ke dalam pasu penanaman. Pemberian baja dilakukan
mengikut kadar yang telah disyorkan. Berdasarkan keputusan kajian, rawatan T4
(campuran kadar 40 tan ha-1 sekam padi dengan 20 tan ha-1 baja tinja kambing)
menunjukkan perbezaan bererti (p<O.OS) terhadap komponen hasil padi. Rawatan T4
telah menghasilkan berat 1000 butiran yang paling tinggi dengan 24.12 9 dan bilangan
butiran kosong yang terendah. Walaupun, purata panjang tangkai dan peratus butiran
padi penuh pada rawatan T4 tidak menghasilkan catatan tertinggi, namun butiran padi
yang dihasilkan adalah yang berkualiti kerana mempunyai unjuran hasil 4.08 tan ha-1
iaitu paling tinggi berbanding rawatan lain. Peratus butiran padi penuh bagi rawatan ini
adalah 84.91%. Kesimpulannya, rawatan T4 dengan campuran kadar 40 tan ha-1
sekam padi dengan 20 tan ha-1 baja tinja kambing telah menghasilkan hasil baik kerana
mendapati unjuran hasil padi yang paling tinggi. Oleh itu, campuran kadar sekam padi
dan baja tinja kambing ini adalah digalakkan untuk digunakan pada tanah jenis siri
Silabukan di plot 17 SPL-UMS
|