Pengetahuan dan sikap para pelajar Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terhadap pertanian organik

Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan sikap pelajar sains pertanian di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terhadap pertanian organik. lnstrumen kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian maklumat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norsasha Faradhila Abdul Hamid
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17396/1/Pengetahuan_dan_sikap_para_pelajar_Sekolah_Pertanian.pdf
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan sikap pelajar sains pertanian di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah terhadap pertanian organik. lnstrumen kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian maklumat demografi, pengetahuan dan sikap responden. Seramai dua ratus dua puluh lapan responden telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dan telah diedarkan borang soal selidik kepada setiap pelajar. Hasil kajian secara deskriptif mendapati majoriti responden mengetahui konsep pertanian organik tetapi tidak secara menyeluruh. Hubungan antara pengetahuan dan sikap menunjukkan terdapat hubungan yang bererti dan menunjukkan pengetahuan responden terhadap pertanian organik mempengaruhi sikap responden dalam amalan pertanian organik. Penekanan perlu diberikan kepada para pelajar tentang pertanian organik supaya dapat melahirkan graduan bidang pertanian yang serba tahu mengenai sistem pertanian yang lestari termasuklah dalam pertanian organik yang mesra alam sekitar.