Summary: | Kajian ini telah dijalankan untuk melihat kesan varieti kelapa dan kematangan air kelapa terhadap kualiti dan hasil taugeh kacang hijau (Vigna radiatiJ L.). Dalam kajian ini 100g benih kacang hijau dartpada varieti telah digunakan dan direndam kedalam air kelapa. Dua varieti kelapa iaitu kelapa Mawa dan kelapa Matag telah digunakan dalam kajian ini
dan tiga tahap kematangan air kelapa bagi setiap varieti kelapa. Biji benih telah direndamkan ke dalam air rawatan (Air Kelapa) yang tujuan untuk percambahan benih
selama 5 jam. Setelah benih direndam, benih telah dipindahkan ke dalam bekas penanaman yang berwarna hitam bagi tujuan penanaman taugeh. Penyiraman menggunakan air paip dilakukan setiap 4 jam secara berkala. Kajian ini akan dijalankan selama 5 hari. Reka bentuk secara rawak (Complete Randomized Design) telah digunakan. Parameter yang diambil lalah berat basah, panjang hipokotil, diameter hipokotil, panjang akar, kepekatan pepejal larut, peratus lembapan dan peratus bahan kering. Keputusan telah dianalisis dengan dengan menggunakan analisis ANAVA dua hala. Hasil keputusan
mendapati bahawa air kelapa memberikan kesan positif kepada kualiti dan hasil taugeh kacang hijau. Kajian mendapati bahawa varieti kelapa mawa menunjukkan keberkesanan
dalam meningkatkan hasil dan kualiti taugeh kacang hijau berbanding kelapa Matag. berat Basah varieti kelapa mawa mencatatkan min berat iaitu 582.42 9 dengan perbezaan berat
sebanyak 7.33 g, panjang hipokotiI 4.05 cm dengan perbezaan panjang hipokotil sebanyak 1.33 cm dengan perbezaan panjang akar sebanyak 1.27 cm, diameter hipokotil 2.48 mm dengan perbezaan sebanyak 0.19 mm dan panjang akar 3.46 cm. Manakala, bagi kematangan air kelapa, kematangan air kelapa sederhana menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding air kelapa muda dan air kelapa tua. Sebagai kesimpulan dart kajian ini didapati bahawa air kelapa mampu meningkatkan kualiti dan hasil taugeh. Namun kajian seperti ini perlu diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.
|