Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan
pengetua wanita dan juga hubungannya dengan motivasi guru di sekolah-sekolah
menengah di daerah Kota kinabalu, Sabah. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif
ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik 'The Leader
Behaviour Description Questionnaire (LBDQ)' dan 'A Questionnaire Measure of Individual
Differences in Achieving Tendency (QMT)'. Seramai 231 orang responden daripada
sepuluh buah sekolah menengah di daerah Kota kinabalu, Sabah terlibat di dalam kajian
ini. Penganalisisan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan
piawai, Ujian-t untuk Dua-Kumpulan Sampel Tak Bersandaran, ANOVA satu-hala dan
analisis korelasi Pearson dengan penetapan aras keertian ± = .05. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita yang
berdasarkan dimensi struktur tugas di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota
Kinabalu secara keseluruhannya berada pad a tahap sederhana. Gaya kepimpinan
pengetua wan ita berdasarkan dimensi struktur tugas juga lebih dominan berbanding
dengan dimensi timbang rasa. Manakala gaya kepimpinan pengetua wanita yang
berdasarkan dimensi timbang rasa juga berada pada tahap sederhana sahaja. Daripada
aspek tahap motivasi pula, secara keseluruhannya didapati tahap motivasi guru-guru di
sekolah terhadap tugas adalah berada pada tahap sederhana. Kajian juga mendapati
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi guru berdasarkan jantina.
Namun kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi
berdasarkan umur guru. Begitu juga dengan persepsi guru terhadap motivasi yang
menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan gaya kepimpinan pengetua wanita.
Seterusnya dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita berdimensikan struktur tugas
dan timbang rasa. Di samping itu, analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan
antara motivasi guru dengan gaya kepimpinan timbang rasa (r = .365, P < 0.05) adalah
lebih kuat berbanding struktur tugas (r = .281, P < 0.05). Ini mengesahkan bahawa
semakin baik kepimpinan pengetua wanita dimensi struktur tugas dan dimensi timbang
rasa, maka semakin tinggi motivasi guru. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan dan
andaian umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua wanita dapat
meningkatkan motivasi pencapaian guru.
|