Geologi am dan kajian potensi air bawah tanah menggunakan kaedah keberintangan geofizik di Sandakan, Sabah

Kajian ini melibatkan kajian Geologi Am dan Kajian Keberintangan Elektrik untuk Mengenalpasti Potensi Air Bawah Tanah di Sekitar Sandakan, Sabah. Kawasan kajian ini termasuk dalam latitud 05°48' U sehingga 05°53' U dan longitud 118°01' T sehingga 118°06' T. Kawasan kajian meru...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hasrila Larodding
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17493/1/Geologi%20am%20dan%20kajian%20potensi%20air%20bawah%20tanah.pdf
Description
Summary:Kajian ini melibatkan kajian Geologi Am dan Kajian Keberintangan Elektrik untuk Mengenalpasti Potensi Air Bawah Tanah di Sekitar Sandakan, Sabah. Kawasan kajian ini termasuk dalam latitud 05°48' U sehingga 05°53' U dan longitud 118°01' T sehingga 118°06' T. Kawasan kajian merupakan Formasi Sandakan yang berusia Miosen Atas dan mempunyai endapan aluvium yang berusia Kuartener. Kajian geologi am merangkumi kajian geomorfologi Sandakan, sekitaran tektonik, geologi struktur, stratigrafi, sedimentologi dan petrografi batuan Sandakan. Kajian geofizik melibatkan kajian keberintangan menggunakan protokol Schlumberger dengan menggunakan peralatan ABEM Terrameter LS. Jarak bukaan wayar survei adalah sepanjang 400 m. Potensi air bawah tanah boleh diketahui dengan menganalisa nilai keberintangan batuan di subpermukaan di sekitar kawasan kajian dengan bantuan perisian RES2DINV yang melibatkan data dalam bentuk keratan rentas 2-D yang melibatkan proses penyongsangan (inversion process). Sebanyak lima stesen telah dipilih di sekitar kawasan kajian untuk dilakukan kajian keberintangan. Berdasarkan kajian keberintangan yang telah dilakukan pada ke lima-lima stesen, nilai keberintangan bahan bumi subpermukaan telah diketahui dan sekaligus berjaya mengenalpasti potensi air bawah tanah. Hasil penemuan kajian mendapati bahawa kelima-lima stesen yang dilakukan analisis keberintangan mempunyai potensi air bawah tanah. Analisis hidrogeologi iaitu analisis keporosan dan analisis keboletelahpan telah dilakukan ke atas sampel tanah dari singkapan Formasi Sandakan.