Summary: | Kawasan kajian ini merangkumi kawasan daripada Kota Kinabalu Industrial Park
(KKIP) hingga ke Mengkabong. Secara lebih terperinci, kawasan kajian ini
berkeluasan l00km persegi dan dibatasi oleh garis bujur 116°05'T hinooa 116°11'T
dan garis lintang 6°5' U hingga 6° 10' U. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengkaji aspek geologi am dan sedimentologi bagi menentukan sekitaran
pengendapan sedimen kawasan kajian dengan lebih terperinci. Kawasan kajian terdiri
daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal dan endapan
aluvium yang berusia Kuatemer. Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri daripada
tiga jenis unit batuan iaitu unit batu pasir tebal (Fasis B), selang lapis batu pasir dan
syal (Fasis C, 0 dan E) serta unit syal tebal (Fasis F). Kajian struktur lineamen,
penapisan dan kekar pada kawasan kajian menunjukkan arah canggaan bertindak
dari arah Barat laut - Tenggara. Struktur sedimen yang dijumpai di lapangan adalah
seperti laminasi selari, laminasi silang, klasta lumpur, kesan beban dan gruf. Melalui
analisis litolog, interpretasi asosiasi fades pada litotog-litolog tersebut menunjukkan
kawasan kajian terdiri daripada endapan alur-Ievee, alur-Iob, dan migrasi lob.
Sekitaran pengendapan bagi Facies B, C, D dan E adalah di kipas tengah manakala
bagi dataran lembangan bagi Facies F. Fosil surih jenis Iknofacies Nereites yang
ditemui di lapangan iaitu Cosmoraphe sp. dan Spirorhaphe sp yang merupakan
petunjuk sekitaran laut dalam. Analisis petrografi menunjukkan batu pasir di kawasan
kajian dikelaskan sebagai titik wak yang matang dari segi kimia tetapi tidak matang
dari segi fizik dan mempunyai asalan sedimen orogen kitar semula.
|