Summary: | Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan
kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan
bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen
berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah
berkesan di Sabah. Sejumlah 251 orang responden (guru-guru), sampel dari
16 buah sekolah menengah di bawah PPG Sanclakan, terlibat dalam kajian ini.
instrumen utama pengumpulan data merupakan soal selidik yang
mengandungi 40 item bertujuan mendapatkan respon tentang kepimpinan
strategik, kepimpinan transformasi dan sekolah berkesan. Tiga hipotesis telah
dikemukakan dalam kajian ini dan telah diuji dengan statistik inferensi
menggunakan korelasi Pearson dan regresi dengan paras signifikan p<0.05
Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan
kepimpinan strategik (berdasarkan elemen proaktif, memahami dan
bersinergi) dan kepimpinan transformasi pengetua (berdasarkan elemen
berkarisma, merangsang intelektual dan bertimbang rasa) dengan sekolah
berkesan. Analisis regresi menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi
pengetua lebih banyak menyumbang (lebih berpengaruh) kepada sekolah
berkesan berbanding dengan kepimpinan strategik. Implikasi kajian dan
cadangan untuk kajian lanjutan juga telah dipersembahkan.
|