Summary: | Program Transisi dilaksanakan bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah dan rutin pembelajaran pada tahun pertama persekolahan.
Perancangan aktiviti serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian
penting pada peringkat ini kerana ia akan memberi kesan kepada personaliti,
pembentukan tingkah laku malah prestasi pelajaran mereka. Kajian ini bertujuan
untuk mengetahui secara mendalam penggunaan Modul Transisi Pendidikan Islam di
sebuah sekolah rendah dalam daerah Penampang.P endekatan" mixed method' laitu
gabungan kajian kualitatif dan kuantitatif telah digunakan berdasarkan reka bentuk
Penerokaan Berturutan bagi memperolehi data yang diperlukan. Kajian kes
dilaksanakan pada fasa pertama dengan membuat pemerhatian temubual dan analisis
dokumen berkaitan untuk mengetahui kaedah dan kesan penggunaan modul. Seorang
guru telah dipilih sebagai peserta kajian ini bagi memperolehi penilaian terhadap
kesesuaian dan ciri-ciri modul dari aspek reka bentuk dan isi kandungan. Hasil
pemerhatian dan temubual telah dianalisis dan ditranskripsikan berdasarkan nota
lapangan dan rakaman audio video mendapati bahawa penggunaan modul ini adalah
sesuai serta membantu guru dan murid dalam tempoh pembelajaran transisi. Kesahihan
data dilakukan melalui kaedah triangulasi pelbagai sumber dan pengesahan peserta
kajian. Bagi mengukuhkan lagi dapatan mengenai penilaian guru terhadap ciri-ciri
modul, maklum balas diperolehi daripada 101 responden yang telah dipilih melalui
persampelan rawak mudah dilaksanakan dan ditadbir menggunakan borang soal
selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alfa Cronback keseluruhan 0 .942.
Program perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data berdasarkan
statistik deskriptif dan inferensi. Keputusan ujian korelasi Pearson menunjukkan
terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara reka bentuk (r=. 903, p<. 01) dan
aspek isi kandungan (r=. 930, p<. 01) dengan kesesuaian penggunan modul. Selaras
dengan dapatan itu, beberapa cadangan juga telah dikemukakan untuk penambah
baikan pembinaan modul.
|