Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menerokai mengenai penguasaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar etnik Cina di sebuah sekolah
menengah persendirian Gna dalam daerah Lahad Datu, Sabah yang melibatkan
tiga informan terdiri daripada dua orang pelajar dan seorang guru. Objektif kajian
ini untuk mengenal pasti faktor penguasaan Bahasa Melayu pelajar etnik Cina dan
objektif kedua untuk melihat sejauh mana masalah penguasaan pelajar tersebut
dari segi pertuturan dan penulisan. Seterusnya, objektif terakhir pula untuk
meninjau teknik pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru terhadap
pelajar etnik Cina. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif
berbentuk kajian kes. Proses pengutipan data pula dilakukan secara berperingkat
dimulakan dengan kaedah pemerhatian di dalam kelas sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat pola perlakuan
dan respon informan yang terlibat dalam kajian ini. Selepas peringkat pemerhatian
selesai, kaedah temu bual secara separa struktur dilaksanakan untuk mendapatkan
hasil kajian. Daripada kajian, beberapa faktor seperti faktor sikap, faktor
persekitaran, faktor motivasi instrumental, faktor bahasa ibunda, dan faktor
keluarga telah dikenal pasti berkaitan dengan penguasaan bahasa Melayu pelajar
etnik Gna. Terdapat masalah penguasaan bahasa Melayu dari segi pertuturan
melibatkan kesalahan tatabahasa. Manakala teknik pengajaran guru membuktikan
pelajar turut mengalami masalah penulisan. Dengan adanya kajian ini dapat
memberi implikasi kepada guru Bahasa Melayu untuk mencari teknik yang
bersesuasanb agi mengajar pelajar etnik Gna agar mencapask ecemerlangand alam
Bahasa Melayu. Implikasi seterusnya kepada pihak sekolah untuk menyediakan
bantuan dari segi alat bantu mengajar agar suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif dapat dswujudkan. Implikasi kajian terakhir kepada para pelajar
kerana apabila masalah penguasaan Bahasa Melayu disebabkan oleh faktor sikap
dan faktor bahasa ibunda, maka pelajar perlu mengubah sikap negatif kepada sikap
positif dalam penerimaan pengajaran Bahasa Melayu. Pelajar juga harus
mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan bagi memperbaiki
masalah yang dihadapi
|