Summary: | Kajian ini memfokuskan analisiss truktural naskah-naskah Festival Dekon MAKUM 2010 - 2012, iaitu Rejim, Chainarong dan Mafioso. Ketiga-tiga naskah dekon terbaik tersebut dianalisis menggunakan analisis struktural di samping temubual dengan individu yang terlibat secara langsung dengan dekon. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri komponen yang membentuk teks-teks drama dan
bentuk struktural naskah-naskahd ekon. Element ema, plot, watak, bahasa,sudut pandangan dan latar yang diperolehi menjelaskan bahawa naskah dekon telah membentuk strukturalnya yang tersendiri yang menginovasi bentuk drama yang baharu dan masih berjejak pada akar umbi tradisional Melayu. Selain itu juga, dapatan kajian ini turut memperincikan bentuk skrip dekon yang istimewa yang mampu membezakannyad enganb entuk skrip drama yang sedia ada dan sekaligus
mampu dijadikan satu garis panduan khususnya kepada pengkaji drama, para
pelajar dan aktivis seni persembahan. Dengan ini, inovasi ini telah memberi
penemuan yang baharu terhadap ketandusan genre baharu drama sebagai drama
mutakhir Malaysia.
|