Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan inovasi TMK sekolah ke atas peningkatan profesionalisme keguruan di daerah Tawau. Profesionalisme keguruan yang dilihat ialah dari segi kemahiran profesionalisme dan sikap profesionalisme
guru dalam menjalankan tugas di sekolah. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan. Sampel kajian terdiri
daripada 355 orang guru yang bertugas di 8 buah sekolah rendah dan menengah Bandar masing-masing dan 8 buah sekolah rendah menengah luar Bandar. Penganalisisan data yang diperolehi telah dijalankan dengan bantuan perisian
komputer melalui program Statiscal Packages for the Sosial Science (SPSS ) for windows Versi 17.0. Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat skor min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi yang melibatkan Ujian-t untuk melihat perbezaan yang signifikan antara inovasi TMK sekolah dengan faktor demografi,
kolerasi Pearson-r untuk menentukan hubungan antara inovasi TMK dengan profesionalisme keguruan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap inovasi TMK di sekolah adalah tinggi iaitu min (4.04), jenis sekolah mengajar min (1.54), Min
inovasi sekolah dengan lokasi, min sebanyak (4.04), Kemahiran Guru min sebanyak (4.28) dan seterusnya sikap guru min (4.40). Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara inovasi TMK sekolah dengan profesionalisme
keguruan di daerah Tawau. Melalui kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi perkembangan profesionalisme keguruan bagi menghadapi
inovasi TMK sekolah
|