Summary: | Kajian ini ingin mengkaji hubungan antara gaya pengajaran dan efikasi guru dalam
kalangan guru sekolah rendah di Pedalaman Sabah. Perkaitan ketiga-tiga dimensi
dalam efikasi guru terhadap gaya pengajaran juga dikaji. Kajian ini menggunakan
set soal seiidik bagi mengutipd ata melalui Teaching Styles Inventory dan Teacher's
Sense of Efficacy Scale melibatkan 235 orang guru sekolah rendah di kawasan
Pedalaman Sabah. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif dan inferensi iaitu
Korelasi Pearson untuk menganalisis data. Nilai pekali alfa Cronbach dalam kajian
ini ialah 0.731 bagi gaya pengajaran dan 0.896 bagi efikasi guru. Kajian ini
dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0.
Statistik seperti min, frekuensi, peratus dan sisihan piawai digunakan dalam kajian
ini. Selain itu, statistik inferensi Korelasi Pearson digunakan untuk menguji
hipotesis-hipotesisk ajian. Hasil kajian mendapatit erdapat hubungan korelasiy ang
sederhana tinggi (r = .352) antara gaya pengajaran dengan efikasi guru dalam
kalangan guru sekolah rendah di Pedalaman Sabah.Manakala hubungan ketiga-tiga
dimensi dalam efikasi guru terhadap gaya pengajaran didapati memperolehi nilai
korelasi pada tahap sederhana tinggi iaitu dimensi penglibatan pelajar (r = .309), dimensi strategi pengajaran (r = .361) dan dimensi pengurusan kelas (r=.321). Kesimpulannya guru-guru perlu mempelbagaikan gaya pengajaran di sekolah untuk memastikan kandungan pelajaran disampaikan dengan berjaya dan berusaha
meningkatkan tahap keyakinan dalam profesionalisma sebagai seorang guru.
|