Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengurusan pensijilan halal, faktor
modal insan, amalan piawaian halal (operasi halal dan jaminan halal) terhadap
prestasi organisasi di kalangan pengusaha makanan halal di Malaysia. Secara
khususnya tujuh objektif kajian telah digariskan. Pertama, mengenal pasti
pengaruh pengurusan pensijilan terhadap operasi halal. Kedua, mengenal pasti
pengaruh pengurusan pensijilan terhadap jaminan halal. Ketiga, mengenal pasti
pengaruh faktor modal insan terhadap operasi halal. Keempat, mengenal pasti
pengaruh faktor modal insan terhadap jaminan halal. Kelima, mengenal pasti
pengaruh amalan piawaian halal terhadap prestasi organisasi. Keenam,
menentukan samada saiz organisasi berperanan sebagai moderator hubungan di
antara amalan piawaian halal dengan prestasi organisasi. Ketujuh, mengenal pasti
sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi organisasi
berdasarkan saiz organisasi. Teori pendekatan sistem dan pendekatan sumber telah
digunakan sebagai asas kerangka teoritikal kajian. Sebanyak 241 organisasi melalui
Jawatankuasa Halal Dalaman bagi kategori multinasional (n=69) dan perusahaan
keeil sederhana (n=172) di Malaysia terlibat sebagai responden secara kaedah
tinjauan keratan rentas. Empat bahagian dalam soal selidik telah digunakan iaitu;
soal selidik pengurusan pensijilan halal, soal selidik faktor modal insan dan prestasi
organisasi yang diubahsuai daripada pengakaji lepas. Manakala soal selidik amalan
piawaian halal pula dibangunkan sendiri oleh pengkaji berdasarkan akta, standard,
peraturan dan pekeliling terkini yang digunapakai dalam pensijilan pengesahan
halal di Malaysia. Kebolehpercayaan dan dan kesahan soal selidik telah dilakukan
dan nilai alpha eronbaeh adalah dalam Iinkungan yang diterima umum (0.75 hingga
0.94). Data dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package For
Social Science (SPSS) versi 21.0 Pengujian ke atas hipotesis kajian telah
menunjukkan bahawa; i) komitmen pengurusan memberi pengaruh terhadap
operasi halal ii) prosedur pelaksanaan dan komitrnen memberi pengaruh terhadap
jaminan halal; iii) sikap memberi pengaruh terhadap operasi halal; iv)
pengetahuan, sikap dan kepekaan polisi semasa memberi pengaruh terhadap
jaminan halal; v) jaminan halal memberi pengaruh terhadap prestasi organisasi; vi)
saiz organisasi berperanan sebagai moderator antara hubungan operasi halal dan
prestasi organisasi; vii) wujudnya perbezaan yang signifikan prestasi organisasi
bagi kategori multinasional dan perusahaan keeil sederhana. Dapatan kajian ini
telah memberikan beberapa implikasi samada terhadap teori dan model,
penyelidikan mahupun pengamalan. Kajian mendapati bahawa prestasi organisasi
dipengaruhi oleh satu rantaian yang berhubung kait antara satu sarna lain bermula
daripada input, kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk proses dan akhimya
menghasilkan pencapaian yang turut disokong oleh kawalan dalaman organisasi.
Hasil kajian ini memberi nilai tambah melalui instrumen baharu sebagai penilaian
dalaman awal oleh organisasi sebelum penilaian dibuat oleh pihak autoriti dalam
pensijilan halal di Malaysia. Sesungguhnya elemen pengurusan pensijilan halal,
faktor modal insan dan amalan piawaian halal juga perlu diberi perhatian oleh
semua pihak dalam menjadikan Malaysia sebagai hab halal terus kekal di pesada
antarabangsa. Pada masa yang sama, kajian lanjut berkaitan makanan halal juga
pertu mengambilkira skop, kaedah dan responden kajian yang terlibat dalam
mengembangkan i1mu pengetahuan dalam bidang ini.
|