Pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimuman sekumpulan zarah

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk mengkaji tentang prototaip sistem pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimuman sekumpulan zarah. Kebanyakan kaedah pengesanan muka yang dihasilkan pada masa ini tidak dapat mencapai kesan-kesan tertentu seperti mendap...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ling, Jenny Mee Hua
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18528/1/Pengesanan%20muka%20dengan%20menggunakan%20kaedah%20Viola.pdf
Description
Summary:Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk mengkaji tentang prototaip sistem pengesanan muka dengan menggunakan kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimuman sekumpulan zarah. Kebanyakan kaedah pengesanan muka yang dihasilkan pada masa ini tidak dapat mencapai kesan-kesan tertentu seperti mendapat ketepatan pada sempadan muka. Dalam projek ini, kaedah Viola-Jones dan algoritma pengoptimum sekumpulan zarah akan digunakan untuk menyelesaikan sebahagaian permasalahan kajian. Terbaik ini akan dilaksanakan dalam Processing dengan sokongan perpustakaan OpenCV. Dua eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji prototaip sistem pengesanan muka. Hasil keputusan dari eksperimen yang dilaksanakan menunjukkan bahawa prototaip sistem pengesanan muka adalah efisyen. Ujian jarak dengan pelbagai jenis gaya muka telah menunjukkan bahawa prototaip sistem ini boleh mengesan muka dengan paling tepat dalam jarak 50cm dan pelbagai jenis gaya muka ditunjukkan. Manakala, jarak 200cm adalah paling tidak tepat unutk mengesan sempadan muka. Selain itu, ujian intensiti cahaya telah menunjukkan bahawa prototaip sistem di tempat yang terang dengan 991x adalah paling tepat dan jelas untuk menunjukkan sempadan muka. Oleh itu, peluasan kajian ini pada masa hadapan adalah menggunakan template contoh muka dan aplikasi ke dalam prototaip sistem supaya dapat digunakan untuk mengawal atau mencari muka dalam masa nyata.