Summary: | Pencemaran logam berat di persekitaran marin telah menjadi isu tempatan dan juga
isu antarabangsa. Logam berat boleh di toleransi pada kepekatan rendah, akan tetapi
menjadi toksik pada kepekatan lebih tinggi. Landak laut merupakan salah satu bio penunjuk
pada pencemaran logam berat dan juga salah satu organisma marin yang
boleh di makan. Kajian ini direka untuk menentukan dan membandingkan kepekatan
Iogam berat di dalam dan di antara sedimen, air dan landak laut yang dijumpai di
Pulau Sepangar. Kepekatan logam berat di analisis pada empat stesen, stesen 1 dan
2 berada di kawasan penempatan penduduk dan stesen 3 dan 4 berada di kawasan
bukan penempatan. Gonad landak laut digunakan untuk menganalisis kepekatan
logam berat dalam dua spesies landak laut telah dijumpai, iaitu Diedema sp dan
Echinotirx Calamaris. Kesemua sampel dianalisis menggunakan mesin Pasangan
Plasma Induktif - Jisim Spectrofotometer (ICP-MS). Elemen-elemen logam berat
yang di analisis adalah Cd, Cu, As, Pb, dan Zn. Diadema sp. mempunyai kepekatan
As dan Zn yang lebih tinggi berbanding Echinotrix Calaamaris iaitu masing-masing
mg/L dan 0.158 ± 0.004 mg/L. Cd di dalam sedimen pula mempunyai kepekatan
logam berat yang rendah di kedua-dua kawasan kajian, kawasan penempatan dan
bukan penempatan dengan masing-masing 0.001 ± 0.000 mg/L dan 0.0003 ±
0.0001 mg/L. Kepekatan Iogam berat dalam air pula dikesan mempunyai kepekatan
Cu lebih tinggi di kawasan bukan penempatan berbanding kawasan penempatan iaitu
0.045 ± 0.009 mg/L. Hasil analisis statistik daripada t-test menunjukkan faktor
kawasan penempatan dan bukan penempatan tidak mempengaruhi tahap kepekatan
logam berat dalam air dan sedimen.
|