Kesan tandan sawit kosong terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau (Amaranthus Viridis L.)

Kajian Inl telah dilakukan di kawasan rumah perlindungan hujan yang berhampiran dengan Bangunan Pentadbiran Makmal Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah kampus Sandakan pada Ogos 2015 hingga Oktober 2015. Tandan Sawit Kosong digunakan kerana mempunyai komposisi nutrient yang s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Su, Ging Sam
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18893/1/Kesan%20tandan%20sawit%20kosong%20terhadap%20pertumbuhan%20dan%20hasil%20bayam%20hijau.pdf
Description
Summary:Kajian Inl telah dilakukan di kawasan rumah perlindungan hujan yang berhampiran dengan Bangunan Pentadbiran Makmal Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah kampus Sandakan pada Ogos 2015 hingga Oktober 2015. Tandan Sawit Kosong digunakan kerana mempunyai komposisi nutrient yang sesuai untuk tanaman sayuran. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan Tandan Sawit Kosong terhadap pertumbuhan dan hasil bayam hijau (Amaranthus viridis L.). Dalam mengenal pasti keberkesanan Tandan Sawit Kosong, empat rawatan telah digunakan iaitu 0%, 20%, 40% dan 60% tandan sawit kosong dengan campuran 'Topsoil' sebagai media penanaman. Tumbesaran dan hasil bayam telah dinilai berdasarkan parameter ketinggian pokok, bilangan daun, berat basah dan berat kering. Manakala pH tanah pula diukur untuk menguji kesesuaian media untuk bayam hijau dan mengenalpasti perubahan pH media selepas penanaman. Penilaian terhadap pertumbuhan dan hasil bayam menunjukkan penggunaan 20% Tandan Sawit Kosong adalah yang terbaik berbanding rawatan yang lain dari segi berat kering manakala dari segi ketinggian pokok, bilangan daun dan berat basah menunjukkan keputusan yang sama baik dengan rawatan kawalan. Penggunaan Tandan Sawit Kosong menunjukkan tidak ada perubahan nilal pH pada media penanaman. Secara keseluruhannya, kajian inl menunjukkan bahawa Tandan Sawit Kosong berpotensi untuk dijadikan media campuran untuk tanaman bayam hijau dengan kuantiti yang bersesuaian.