Summary: | Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti beban tugas guru terhadap kualiti
pengajaran guru sekolah menengah di daerah Sandakan. Beban tugas guru yang
dilihat adalah dari sudut perkeranian, kurikulum dan kokurikulum. Seramai 175 orang
guru daripada lima buah sekolah menengah dipilih sebagai responden. Data soal
selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program
SPSS Versi 20.0. Ujian-ujian yang digunakan untuk menyokong hipotesis-hipotesis
ialah Ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan antara beban tugas perkeranian, kurikulum dan kokurikulum mengikut
faktor jantina guru. Hasil ujian-t skor min beban tugas guru lelaki ialah 4.106
(perkeranian), 4.047 (kurikulum) dan 4.287 (kokurikulum). Manakala beban tugas
guru perempuan ialah 3.850 (perkeranian), 3.773 (kurikulum) dan 3.812
(kokurikulum). IN menunjukkan guru Ielaki mempunyai skor beban tugas yang lebih
tinggi berbanding guru perempuan. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara beban tugas perkeranian, kurikulum dan kokurikulum mengikut
faktor umur, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan kelulusan tertinggi guru.
Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang lemah dan sederhana
antara aspek-aspek beban tugas perkeranian, kurikulum dan kokurikulum terhadap
kualiti pengajaran. Kelemahan-kelemahany ang ada dalam kajian dikenalpasti dan
beberapa cadangan diberikan untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Cadangan
yang dikemukakan diharap dapat membantu semua pihak khususnya Kementerian
Pelajaran Malaysia melihat faktor-faktor yang harus diambil kira agar dapat
mengurangkan beban tugas guru yang semakin bertambah pada masa kini.
|