Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua cemerlang dan
hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Seramai 250 orang guru dari lima buah
sekolah telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Dua instrumen
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini.
Leadership Behavior Description Questionnaire digunakan untuk mengenalpasti gaya
kepimpinan pengetua cemerlang. Sementara soal selidik The Minnesota Satisfaction
Questionnaire digunakan untuk mengenalpasti kepuasan kerja guru. Kajian rintis
telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach 0.902 diperoleh yang menunjukkan
ketekalan item-item dalam soalan selidik adalah tinggi. Analisis deskriptif dijalankan
seperti min, frekuensi dan peratus untuk mengenalpasti faktor demografi jantina dan
pengalaman mengajar. Analisis inferensi juga dijalankan seperti Ujian-t tidak
bersandar, ANOVA sehala dan Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian.
Dapatan kajian menunjukkan, tiga antara empat gaya kepimpinan pengetua
cemerlang yang dipopularkan oleh House (1971) mempunyai hubungan dengan
kepuasan kerja guru pada tahap yang berbeza.
|