Summary: | Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat gaya kepimpinan pengetua dan
hubungannya dengan stres dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang di
daerah Tawau. Responden terdiri daripada guru-guru sekolah menengah
cemerlang yang berjumlah 220 orang iaitu 105 orang lelaki dan 115 orang
perempuan. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara
tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik The Leader Behavior
Description Quistionaire (L8DQ). Penganalisaan dapatan kajian menggunakan
kekerapan, peratusan min, sisihan piawai, Ujian-t, ANOVA satu hala dan analisis
Korelasi Pearson dengan penentapan aras 0.1. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan di sekolah menengah
cemerlang ialah gaya kepimpinan Autokratik. Dapatan kajian juga mendapati tahap
stres dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang di daerah Tawau inl
berada pad a tahap sederhana. Seterusnya kajian ini mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara stres guru dengan jantina dan umur
guru, Pun demikian terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan
pengalaman mengajar. Akhir sekali, kajian ini mendapati bahawa terdapat
hubungan yang negatif atau songsang pada gaya kepimpinan demokratik dan
laissez faire dan signifikan antara gaya kepimpinan pengetua pada gaya
kepimplnan autokratik dengan stres dalam kalangan guru sekolah menengah
cemerlang. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut berada pada tahap yang
sangat lemah. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan andaian umum yang
menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua memang mempengaruhi tahap
stres guru di sekolah menegah cemerlang di daerah Tawau.
|