Summary: | Protein fosfatase jenis 1 (PP1) ialah salah satu molekul yang berpotensi disasarkan
untuk kanser terapi diman protein in memainkan peranan yang penting dalam mitogen
protein diaktifkan (MAP) isyarat kinase transduksi , tumorigenesis, apoptosis dan
kanser metastasis. Kajian perlu dilakukan untuk mencari ubat baru yang mempunyai
potensi sebagai perencat kepada protein ini sebagai rawatan kanser. Strobilanthes
crispus ialah tumbuhan herbal yang mempunyai ciri biologikal seperti antioksida,
antimikrob dan juga antikanser. Oleh itu, tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji patensi
perencatan ekstrak mentah daun dan batang S. crispus terhadap PP1. Dalam kajian
ini,strain yis yang digunakan ialah secara genetik telah diubah yang mengkodkan PPl
sebagai model untuk ujian saringan untuk mencari perencat yang berpotensi terhadap
protein ini. Daun dan batang S. crispus diekstrak mengunakan methanol dengan
mengunakan teknik rendaman. Daripada keputusan yang diperolehi, tiada aktiviti
perencatan berlaku oleh ekstrak mentah daun dan batang S. crispus terhadap protein
fosfatase jenis 1 walaupun kandungan ekstrak per cakera telah dimanipulasikan. Oleh
itu, kajian lanjutan perlu dilakukan dengan mengunakan kaedah pengekstrakan yang
lebih spesifik untuk mendapatkan kompoun yang tulen sebagai sampel digunakan
untuk ujian saringan terhadap protein ini.
|