Kaedah lelaran dua-langkah dengan skema kuadratur bagi menyelesaikan sistem tak linear
Sistem tak linear merupakan satu sistem yang banyak digunakan dalam cabang ilmu sains dan kejuruteraan. Hukum juzuk dan inersia merupakan antara contoh aplikasi yang terdapat dalam sistem tak linear. Sistem ini adalah bersifat kompleks dan memerlukan kaedah yang tertentu bagi menyelesaikan setiap p...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19000/1/Kaedah%20lelaran%20dua.pdf |
Summary: | Sistem tak linear merupakan satu sistem yang banyak digunakan dalam cabang ilmu sains dan kejuruteraan. Hukum juzuk dan inersia merupakan antara contoh aplikasi yang
terdapat dalam sistem tak linear. Sistem ini adalah bersifat kompleks dan memerlukan kaedah yang tertentu bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang terdapat di
dalamnya. Kaedah lelaran merupakan antara kaedah penyelesaian yang telah banyak digunakan bagi menyelesaikan sistem tak linear di mana kaedah lelaran yang paling banyak digunakan dalam sistem ini ialah kaedah lelaran dua-langkah. Kaedah lelaran
dua-langkah mempertimbangkan kaedah peramal-pembetul bagi menyelesaikan permasalahan yang terdapat dalam sistem tak linear. Kajian ini mempertimbangkan kaedah lelaran dua-langkah berasaskan skema kuadratur bagi menyelesaikan sistem tak linear. Dalam kajian ini, kaedah peramal-pembetul telah digunakan sebagai kaedah lelaran dua-langkah dengan penggunaan kaedah Newton selaku kaedah kawalan.
Melalui eksperimen berangka yang dijalankan, hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah lelaran dua-langkah ini bersifat lebih efisien jika dibandingkan dengan kaedah
Newton satu langkah dengan penelitian dari segi kadar bilangan lelaran yang semakin mengecil. |
---|