Summary: | Eksperimen dilakukan untuk menentukan kesan kompleks organik terhadap proliferasi protokom Phalaenopsis gigantea. Kajian ini menggunakan eksplan protokom yang berada pada peringkat ke-3. Eksperimen dijalankan selama 90 hari di Makmal Kultur
Tis~ Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak. lengkap. Kompleks organik yang digunakan ialah 5% (v/v), 10% (v/v) dan 15% (v/v) air kelapa serta 1.5% (w/v) ubi keladi. Parameter yang dikaji ialah purata peratus protokom yang berproliferasi dan purata jumlah bilangan protokom baru yang terbentuk. Analisis
statistik rnenunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti pada aras keertian 0.05 di antara kesemua media rawatan yang dikaji. Setelah 90 hari kultur, media XER + 1.5% (w/v) ekstrak keladi telah mencatat nilai purata sebanyak. 53.00±36.70% protokom berproliferasi. Bagi pembentukan protokom barn, media kawalan rnencatatkan purata
19.00±13.45 selepas 90 hari kultur. Secara keseluruhannya, peratus protokom mati adalah kurang daripada 10 % untuk semua media rawatan yang dikaji.
|