Pengekstrakan sebatian meruap dari biji koko menggunakan kaedah SFE dan analisis GC-FID

Kesesuaian pengekstrakan sebatian meruap biji koko menggunakan kaedah Pengekstrakan Bendalir Superkritikal (SF E) telah dikaji pada jangka masa pengestrakan dan jenis pelarut yang berlainan. Jangka masa pengekstrakan yang dipilih ialah 10,20,30,dan 40 minit manakala pelarut ialah larutan diklorometa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Dymphna Jane Ekol
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19462/1/Pengekstrakan%20sebatian%20meruap%20dari%20biji%20koko%20menggunakan%20kaedah%20SFE%20dan%20analisis%20GC.pdf
Description
Summary:Kesesuaian pengekstrakan sebatian meruap biji koko menggunakan kaedah Pengekstrakan Bendalir Superkritikal (SF E) telah dikaji pada jangka masa pengestrakan dan jenis pelarut yang berlainan. Jangka masa pengekstrakan yang dipilih ialah 10,20,30,dan 40 minit manakala pelarut ialah larutan diklorometana dan metanol. Kromatogram dari anal isis kromatografi gas menunjukkan bahawa intensiti puncak sebatian yang diekstrak meningkat dengan masa pengekstrakan. Pengekstrakan menggunakan larutan metanol sebagai larutan perangkap analit menunjukkan intensiti dan kepelbagaian puncak sebatian yang lebih tinggi berbanding larutan diklorometana. Akan tetapi, sebatian yang dikaji iaitu 2,3-dimetilpirazina, 2,5-dimetilpirazina, dan 2,6 dimetilpirazina tidak dikesan dalam sampel koko yang telah diekstrak.