Summary: | Kawasan kajian terletak di bahagian pantai barat Sabah iaitu Kuala Penyu dari Kampung
Matadan hingga Kampung Berangkok. Keluasan kawasan kajian dianggarkan kira-kira
100 kilometer persegi dengan kedudukan koordinat pada garis lintang 5° 28U sehingga
5° 33' U dengan garis bujur 1150 29' T sehingga 115° 34' T. Objektif kajian ialah
mengenai ciri-ciri sedimentologi yang terdapat pada Formasi Syal Setap dan Formasi
Belait di Kuala Penyu dan membuat analisis litofasies serta menentukan sekitaran
pengendapan batuan di Kuala Penyu. Secara amnya, unit batuan yang terdapat di
kawasan kajian ialah Formasi Syal Setap, Formasi Belait dan endapan Kuatemari. Usia
untuk Formasi Syal Setap ialah Awal Miosen Bawah manakala usia untuk Formasi Belait
ialah Awal Miosen Atas. Endapan Kuatemari terdiri daripada endapan alluvium pantai,
alluvium sungai dan alluvium paya. Hasil kajian Formasi Syal Setap di kawasan kajian
terdiri daripada satu unit batuan sahaja iaitu unit syal tebal berselang lapis dengan batu
pasir nipis. Manakalat,e rdapat empat lithofasiesF ormasiB elaity ang ditemui di kawasan
kajian iaitu unit basal konglomerat (fasies Bei), unit batu pasir berlapisan silang swaley
(fasies Be2), unit batu pasir berlapisans ilang hummocky-swaley( fasies Be3) dan unit
batu pasir berlapisan silang hummocky(fasies Be4). Struktur sedimen yang ditemui pada
singkapan Formasi Syal Setap ialah riak, laminasi selari dan lensa pasir serta fosil surih
jenis Ophiomorpha sp. Struktur sedimen yang terdapat pada Formasi Belait pula terdiri
dari daripada struktur lapisan silang hummocky dan struktur lapisan silang swaley, riak,
lensa lumpur dan fosil surih jenis ophiomorpha sp .
Sekitaran pengendapan untuk
Formasi Syal Setap ialah sekitaran laut cetek dengan asosiasi fasiesnya di bahagian
pelantar dalam dan ini disokong oleh kehadiran lapisan syal tebal. Berdasarkan struktur
sedimen dan fosil surih yang ditemui di lapangan, sekitaran pengendapan Formasi Belait
ditakrifican pada sekitaran laut cetek atau secara spesifiknya pada kawasan tepi pantai
yang menerima pengaruh ombak dan pasang surut. Sebanyak 18 spesies benbhic
foraminifera telah ditemui pada sampel batu lumpur Formasi Syal Setap yang
menunjukkan sekitaran laut cetek.
|